umrah bersama si kecil

Umrah bersama si kecil

Pasti ramai yang mengimpikan umrah bersama anak-anak kecil. Begitu juga saya sangat susah hati bila nak bawa bila tiada pengalaman saudara atau kawan-kawan terdekat yang membawa anak-anak.

Alhamdulillah saya telah pergi menjalankan ibadah umrah pada 30 November 2018 hingga 11 November 2018. Saya pergi berempat saya, suami, dan dua orang anak saya Ainnur Jannah ( 5 tahun) dan Yusuf Naim Al Fateh (8 bulan).

Persediaan saya agak sedikit kelam kabut sebab saya tak sempat untuk study secara details persediaan ke Umrah. Keputusan untuk membawa anak-anak saya agak berbolak balik kerana terdapat beberapa kekangan dan cabaran yang di hadapi. nanti saya ceritakan details ya.

Saya sebenarnya mengikuti Umrah Daycare yang dianjurkan di bawah Khalifah Didik.

satu Tiada penjagaan Daycare untuk anak bawah 2 tahun selepas 3 bulan saya booking

kedua Tiada injection Meaningococal untuk anak bawah 1 tahun.
But after jumpa Doctor pakar di KPJ dos injection ada untuk 9 bulan ke atas. But very upset bila pihak travel agent sendiri tak tau mengenai perkara ini. Pneumococal tak sempat nak ambil sebab Yusuf demam.

Ketiga bila anak 3 minggu sebelum pergi keluar masuk hospital start baby infection di usus and demam panas. seminggu sblm flight kakak infection Influenza A. pelbagai cabaran dihadapi tapi cekalkan hati supaya dipermudahkan di Madinah dan Mekah.

Alhamdulillah anak-anak sihat kekal aktif semasa di sana dan balik dari umrah. Bersyukur sangat.

Pelbagai tips yang akan dishare dengan parents nanti.

So don't worry ibu bapa yang berniat untuk pergi umrah 2019 boleh pasangkan niat untuk memebawa anak-anak ya.

Persediaan sebelum pergi

1.Makan

 Makan Nandos sebelum persediaan ke sana sebab sos di Madinah Dan Mekah seperti sos di Nandos peri-peri. pedas dan masam. just suggestion....klu ada sape2 tau boleh share kat mana lagi kat malaysia sos yang pedas dan masam. Jangan bayangkan sos kat sana seperti sos kimball atau sos life.

2.Pakaian

Bagi saya bulan 12 adalah waktu yang sesuai kerana  mekah dan Madinah musim sejuk. jadi anak-anak akan selesa dengan cuaca. So get ready dengan pakaian anak-anak.

untuk ayah tak da masalah just get ready kain ihram, seluar, kurta dan jubah. blh bawak sweater untuk musim sjuk.

untuk mak
 saya galakkan pakai jubah seluar supaya mudah untuk berjalan.
kena cari pakaian yang memudahkan untuk bergerak sebab kita akan sibuk mendukung anak dan boleh bergerak pantas.

untuk anak

prepare pakaian musim sejuk
- Baju sejuk, stokin, hand sock, topi

pampers dan susu boleh bawak secukupnya atau klu tak cukup boleh beli pampers di sana  contohnya
Nahdi Farmacy ada jual kedai berdekatan Hotel Nozol Royal Inn 46 riyal.

kat sana most kedai tak tagging harga tak macam kat kedai-kedai kat Malaysia dah ada harga siap2.
kat sana kena tanya satu2.


Tahun ni bernasib baik kerana cuaca tak terlalu sejuk, nyaman-nyaman je udara di sana.

3.Ubat-ubat

Yang ni saya paling bawa banyak stok kebetulan baru kluar hospital. tapi ada 2 jenis ubat beli kat madinah...cari cream gatal hanya jumpa harga 70 riyal.siap tanya ada dropelene tak kat sana...sbb dropelene kan senang cari kat Malaysia. most farmacy tak da dan memang kna trima hakikat ubat kat sana mahal. tapi cream tu berkesan dengan baik. kira berbaloi la dengan pelaburan tu.

4. Toys

Saya betul-betul prepare toy utk baby dan kakak supaya tak boring sepanjang perjalanan dalam flight atau dalam bas. sebab perjalanan yg panjang. Kakak banyak sediakn movie dalam tab. ununtuk adik terpaksa study dlu mainan apa yang adik suka main kat umah pengasuh. sebab kat umah adik suka kejar mama je.  adik s
suka main ultraman, car dan policar. so mencari la mainan utk adik.

Tapi toy tak dibenarkan bawa masuk dalam masjid. jadi kena tinggal dalam stroller ya diluar masjid nabawi.


Day  1
Flight Ke Madinah sepatutnya dijadual belepas jam 1.30 pm  dan sampai 8 pm waktu Madinah.
tapi ujian untuk semua jemaah yang akan bertolak tiba-tiba ada passenger yang demam dan tak sihat bila masuk sahaja ke dalam flight. terpaksa menunggu paramedik datang untuk berikan rawatan kecemasan. jadi untuk saya yang tarfikir perkara ni berlaku tak ready sedikit mknn pun untu anak kbtulan smpat breakfast pukul 9 pagi tapi untuk baby mmg tak prepare any food. mmg sedikit dugaan. sampai pukul 4 pm terpaksa mintak kat steward ada tak roti yang blh bagi anak. nasib baik steward sangat membantu. Pengalaman flight bersama Saudi Airlines. kbtulan dapat kapal terbang yang sedikit uzur...sangat membimbangkan. tapi yang best kami sekeluarga dah jadikan kapal terbang seperti rumah pun ada...nnt sy share.









Bersambung ....

Comments