4 AKTIVITI "FINE MOTOR SKILL" BUAT ANAK LUPA GAJET



"Harini nak buat aktiviti apa ya dengan anak-anak? Alaa bagi dia main tab jelah, aku pun bole relek sikit. Dapat tab diam lah tu nanti"

Memang tak dinafikan menjadi parents ni sudah semestinya sangat sebuk dengan pelbagai perkara yang perlu dilakukan. Tapi pernah tak kita terfikir jika terlalu kerap kita biarkan anak-anak kita bermain dengan gajet, itu akan menyekat perkembangan anak-anak secara normal? 

Adakah parents sedar yang bermain gajet ni lebih banyak keburukan daripada kebaikan? Sebaliknya, anak-anak perlu belajar terlalu banyak perkara melalui aktiviti-aktiviti yang bersesuaian bagi meningkatkan kemahiran dalam diri mereka. Salah satu daripada kemahiran yang seharusnya anak-anak kuasai adalah"fine motor skill"

APA ITU FINE MOTOR SKILL?
Juga dikenali dengan 'kemahiran motor halus" dimana ianya melibatkan anggota badan yang kecil seperti pergelangan tangan dan jari jemari dalam melakukan sesuatu perkara.

Menrut Pengasas Pusat Perkembanga Kanak-Kanak Kinderkaizen, dr. Putri afzan Maria Zulkifli, kemahiran motor halus ini melibatkan daya fokus serta koordinasi mata dan tangan yang baik bagi membolehkan anak menguasai kemahiran menulis.

jika dilihat dalam kehidupan seharian juga, kemahiran motor halus ini sangat diperlukan oleh anak untuk aktiviti seperti membutang baju, mengikat tali kasut, mengikat riben, memegang sudu dan garfu untuk makan, menulis, membuka zip pakaian/beg, membuka penutup botol dan pelbagai lagi.

Jadi disini kami ingin berkongsi 4 aktiviti yang sangat mudah tetapi menarik untuk dilakukan bersama anak-anak dirumah. Bole dijadikan aktiviti mingguan dan ambillah peluang ini sebagai "bonding time" dengan anak-anak.


"Lacing cards" ia boleh diubahsuai mengikut kreativiti parents, tak semestinya dengan kertas sahaja. Gunakan fabrik ataupun kotak juga boleh membantu. sediakan lah pelbagai jenis lacing cards yang menarik agar anak-anak berminat untuk bermain bersama parents. Kemudian tebuk lubang disekeliling cards dan potong tali atau benang untuk dimasukkan kedalam lubang yang telah ditebuk tadi.


Parents boleh lukis dan guntung bentuk yang diingini menggunakan kain felt dan tebuk lubang dibahagian tengah bentuk itu tadi. Seterusnya, potong riben mengikut panjang button snake dan jahit butang bau pada kedua-dua hujung riben tersebut.Ajar anak masukkn butang kedalam bentuk yang dibuat satu-persatu.Mungkin pada awalnya agak sukar untuk anak-anak, tetapi jika dilatih selalu pasti mereka dapat lakukannya dengan baik. biarkan mereka fokus dalam aktiviri ini.


Aktiviti yang paling simple dan sangat mudah!!! Parents cuma perlu sediakan kertas kosong atau sebarang lukisan bergambar ataupun apa-apa objek seperti batu atau pinggan kertas untuk diwarnakan oleh anak-anak dengan menggunakan warna air dan putik kapas. Ini kerana, aktiviti ini memerlukan kawalan jari dan tanag ndengan baik untuk menggukan putik kapas yang saiznya lebih kecil berbanding berus. anak-anak juga lebih fokus untuk menyiapkan tugasan.


"play dough" sangat mudah untuk didapati dikedai-kedai berhampiran. Dan kini ada pelbagai jenis permainan yang berasaskan play dough atau tanah liat dipasaran.Ini kerana, aktiviti ini mempunyai banyak manfaat untuk anak-anak. Mereka beljar menekan, menguli, menggelek serta membulatkan play dough. Kesemua gerakkan ini dan aktiviti ini sangat memerlukan kekuatan otot dibahagian pergelangan tangan dan jari-jemari mereka. Anak-anak pasti sangat seronok dan enjoy bermain play dough ini walaupun berjam-jam lamaya. Penglibatan parents didalam aktiviti ini akan lebih menarik minat anak-anak dan sekaligus membuatkan anak-anak LUPA KEPADA GAJET.


Semoga perkongsian kali ini dapat memberikan sejuta manfaat untuk parents diluar sana. Selamat mencuba!!! 
Ingat!! anak adalah pemberian Allah yang tidak ternilai dengan apa-apa pun. Jagalah mereka sebaik-baiknya dan pastikan mereka dapat apa sahaja yang terbaik untuk perkembangan dan masa depan mereka.

SEMOGA BERMANFAAT, ASSALAMUALAIKUM







Comments