Perbezaan Tadika dan Taska

Perbezaan Tadika dan Taska


Masih ramai ibu bapa yang konfius antara tadika dan taska. Selalu berfikir taska dan tadika adalah intitusi yang sama.

Sebenarnya Taska dan Tadika adalah institusi yang berbeza dan mempunyai objektif dan kepakaran juga berbeza. Paling sedih apabila ada yang menganggap little caliphs jenjarom dan little caliphs telok panglima garang adalah taska. Lc Jenjarom dan Lc TPG beroperasi sebagai tadika dan mempunyai objektif dan kepakaran kepada perkembangan akademik di dalam pendidikan awal kanak-kanak.


Jom kita study apa yang dimaksudkan dengan Taska dan Tadika.

Pendidikan awal kanak-kanak adalah pendidikan tidak rasmi untuk kanak-kanak kecil di bawah umur 6 tahun.

Di Malaysia, terdapat 2 jenis pendidikan awal kanak-kanak dengan tujuan menyediakan kanak-kanak kecil dengan pengetahuan asas sebelum memulakan pendidikan rasmi apabila masuk Tahun 1 di sekolah.

Apakah perbezaan kedua-dua pendidikan awal kanak-kanak

1 – Taska/Nursery/Pusat Penjagaan Kanak-kanak

  • Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan pengasuhan kanak-kanak dalam suasana yang selamat, ceria dan selesa.
  • “Taska” adalah kata singkat untuk Taman Asuhan Kanak-Kanak. Menjaga kanak-kanak sejak bayi hingga 4 tahun apabila ibu bapa bekerja.
  •  Mungkin menyediakan aktiviti atau program yang sesuai untuk kanak-kanak disamping penjagaan biasa.
  • Taska di rumah: kurang dari 10 kanak-kanak. Taska di pusat: 10 atau lebih kanak-kanak.
  • Semua penjaga kanak-kanak wajib menjalankan kursus 10 hari (Kursus Asuhan Kanak-Kanak Asas, KAAK) yang ditentukan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
  • Setiap pusat penjagaan kanak-kanak di Malaysia mesti didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM), di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (MWFCD).
  • MWFCD bertanggungjawab ke atas kelulusan dan penubuhan pusat jagaan kanak-kanak di Malaysia.
  • JKM pula berfungsi sebagai pengawal dan penyelaras utama program penjagaan kanak-kanak dan pendidikan awal (ECCE ).
  • Walaubagaimanapun, tiada garis panduan kurikulum khusus untuk mereka yang menyediakan perkhidmatan ini.


2 – Tadika/Kindergarten/Preschool

  • “Tadika” adalah kata singkat Taman Didikan Kanak-kanak.
  •  Kanak-kanak yang diterima berumur antara 4 hingga 6 tahun.
  • Menyediakan aktiviti pembelajaran akademik yang berasaskan mata pelajaran.
  • Kanak-kanak juga boleh belajar untuk berkomunikasi, bersosial dan pelbagai aktiviti yang positif.
  • Tiada sekatan jenis bahasa yang digunakan; Bahasa Inggeris, Mandarin atau Tamil. Bahasa kebangsaan mesti diajar sebagai subjek.
  • Dijalankan di pusat: 10 atau lebih kanak-kanak.
  • Semua guru yang mengajar di prasekolah dilatih dan disahkan dengan sekurang-kurangnya diploma dalam bidang Perguruan. Kebanyakan mereka mempunyai ijazah atau sarjana dalam pendidikan awal kanak-kanak.
  • Menyediakan perkhidmatan pusat jagaan harian terutama untuk kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa yang bekerja sebagai perkhidmatan tambahan kepada ibu bapa supaya ibu bapa tidak sukar mencari transport dan keselamatan anak.
  • Tadika, kindergarten dan preschool adalah di bawah jagaan 3 kementerian, iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM); Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah; dan Jabatan Perpaduan Negara.
  • Pada tahun 2003, KPM telahpun menetapkan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang perlu diikut oleh semua sekolah prasekolah.
  • Kurikulum ini bertujuan untuk membangunkan kemahiran sosial, intelek, fizikal, rohani dan nilai estetik kanak-kanak.
  • Program tambahan yang ditawarkan oleh prasekolah mesti diluluskan oleh KPM terlebih dahulu.

So ibu bapa dah boleh membezakan antara taska dan tadika.

Diantara perkara yang ibu bapa lakukan sebelum hantar anak ke tadika


1. Toilet training/potty training

Ibu bapa boleh mulakan dari rumah untuk toilet training pada seawal usia 3 - 4 tahun. Just maklumkan kepada tadika sekiranya dah start potty training...insyaallah teacher akan bantu untuk remind anak untuk ke toilet semasa di dalam kelas.

Selagi belum ready untuk buat dirumah, anak akan lebih konfius siang di school tak pakai pampers tapi malam kat rumah kena pakai pampers. so parents, secara berperingkat dah boleh ajar anak off pampers.


2.  Botol susu

Susu sangat baik untuk anak kerana anak perlukan kalsium untuk pertumbesaran jadi jangan stop kan susu. Tapi apa yang ibu bapa boleh buat adalah melatih anak menyusu di dalam cawan. Bagi anak-anak yang sedang menyusu just bekalkan susu dan susu akan dibancuh selepas lunch...ibu bapa perlu mulakan dari rumah terlebih dahulu dan insyaallah habit cara menyusu akan berubah.



Stop menyusu di botol lebih awal dapat mengelak karies gigi juga.




3. Menjaga barang

Ibu bapa boleh bantu untuk remind anak setiap hari untuk kenal baju, botol air,  beg dan bekas makanan. Letak tagging yang menarik supaya anak cepat ingat barang mereka.





Menarikan letak tagging macam ni. Boleh try mama papa towel bersulam nama, sticker nama bercartoon, tagging bag yang comel dan bantal yang ada nama... lagi cepat anak nak ingat nama sendiri.

Wrote by

Siti Nor Hazanah Mohamed

Sumber tambahan https://my.theasianparent.com
gambar by google


Comments