8 tips school trip cikgu tadika

8 tips school trip untuk teacher@cikgu tadika

Based on true experienced of LC Jenjarom dan LC Telok Panglima Garang 😍😍😍


Assalamualaikum...happy weekend teachers and parents...

mungkin entry ni sangat berguna untuk teacher-teacher tadika yang baru nak buat lawatan....dari pengalaman 3 tahun bersama anak-anak syurga untuk berjalan-jalan tanpa mama dan papa.

dari jumlah students utk lawatan 40, 80, hingga 140.

ya bukan mudah untuk menggalas tanggungjawab membawa anak-anak comel berjalan. Tanpa persediaan yang rapi akan menimbulkan masalah yang tak diingini sama ada tercedera atau hilang. semoga dijauhkan dari semua perkara ni.

so, lets we plan....

1.  Pilih tempat 🏢🗼

pilih tempat yang sesuai...terutama yang nak buat trip tanpa menggunakan agent luar. segala persediaan perlu dibuat dari A-Z. Banyak perkara perlu dipertimbangkan which place, date, and manpower.

2. Pilihan bus 🚌🚌🚌


Pastikan memilih uncle bus yang mesra kanak-kanak. Takut ada yang uncle bus tak biasa tgk anak-anak yang nak termuntah dan terbuang air mesti nanti uncle buat muka marah. mesti sangat tak best trip tu nanti. make sure plastik kecik disediakan di setiap kerusi anak-anak. Bagi yang baru toilet training...minta bantuan parents untuk provide pampers lebih.


3.   Group 💁: 👧👧👦👧👦👦👧👦
                   🙋: 👭👫👭👫👬

Pecahkan group anak-anak mengikut umur, jantina, dan behavior anak-anak. bagi anak 4 tahun pastikan anak-anak bersama teacher yang mereka rapat supaya lebih tenteram emosi iaitu teacher kelas.

Selalunya mereka akan rasa selamat bila dengan teacher yang mereka kenal. letakan seorang atau dua org pelajar 6 tahun yang matang dan mempunyai sikap tanggungjawab untuk sama memantau adik-adik nanti.

Bagi anak-anak yang aktif dan perlukan perhatian lebih letakkan dalam kumpulan teacher yang tegas supaya setiap kumpulan berjalan dalam keadaan terkawal dan nampak teratur.



4. Teacher : students 🙅: 👫👬👭👫👬👭👦  👎❎
                                         💁: 👫👬👭👫👍✅

nisbah teacher dan students tak boleh ramai tak sesuai untuk aktiviti kat luar. takut teacher terlepas pandang anak-anak ni. 1:13 mungkin sesuai di dalam kelas tapi tak sesuai di luar. 1:7 - 1:8 adalah nisbah paling ideal.




5. Volunteers.   💁💁💁💁💁

Dapatkan volunteers luar untuk bantu mengawal anak-anak. minta bantuan adik beradik, kawan-kawan teacher, dan ibu bapa yang turut sama boleh bantu.

6. Bag galas


pastikan anak 4-6 tahun tidak membawa beg ini akan menjadikan anak lebih cepat penat. lebih baik anak2 gunakan tenaga tu untuk berjalan dan explore di dalam trip nanti.

apa perlu buat teacher yg akan pakai galas@ beg sekolah dan teacher bawa 2 atau 3 pampers, air mineral , baju n sluar spare sepasang atau dua just incase ada yang terbuang air kecil dan besar.

7. Reward  💖💗💞💟

Reward sperti sticker, presents bagi yang behave sepanjang trip. pasti ia menjadi perkara yang sangat menyeronokkan.

8. Teamwork.  💪💪💪💪

Setiap teacher kena saling memahami antara satu sama lain. berkerja secara teamwork salah satu faktor besar dalam menjayakan school trip ni.... to makesure semua anak terkawal bukan sahaja anak bawah jagaan kita tapi pada kawan-kawan sekali. terutama semasa bergilir solat dan toilet sebab teacher akan berganti untuk mengawal anak-anak yang bersama teacher lain. Semoga kesabaran teacher-teacher akan dibalas diakhirat nanti. Masyaallah hebat teacher-teacher semua. Semoga Allah bantu kita semua apabila kita ikhlas untuk mendidik anak-anak.



semoga perkongsian ini bermakna dan berguna untuk semua cikgu tadika di luar sana.

di setiap bahu teacher ada tanggungjawab yang sangat besar dan berat apabila smua teacher sama-sama pikul.insyaallah menjadi ringan.

Jom apply jawatan kosong di LC Jenjarom dan LC TPG. Penjawatan adalah segera mohon hantar resume ke neurokhalifah@gmail.com


Mdm. Zana @ Hazanah Mohamed
LCJ n LCTPG
019 2770016




Comments