Ramadhan in My Heart Program

Alhamdulillah Tadika Neurokhalifah telah mengadakan Ramadhan in My Heart Program bagi membantu anak-anak yatim dan asnaf yang tinggal Jenjarom Dan Telok Panglima Garang.

Kempen telah diadakan selama satu bulan bagi mengumpul sumbangan daripada ibu bapa LC Jenjarom dan Lc telok bermula7 mei hingga 8 jun 2017. Program ini juga dijalankan bagi mendidik anak-anak tadika mengenai amalan bersedekah  bagi membantu insan lain yang lebih memerlukan. 

Pihak Tadika telah membuat lawatan ke Rumah Amal Raudhatul Jannah Olak Lempit pada 9 Jun 2017 bersama anak 6 tahun kelas Prathfiz LC Jenjarom. Seronok anak-anak dapat berkenalan dengan anak-anak yatim dan asnaf di sana.

Semoga anak-anak ini menghargai pengorbanan ibu bapa masing2.


Ibu bapa telah menyumbang makanan kering, pakaian lama dan baru serta sumbangan dalam bentuk duit. Semoga sedikit sumbangan ini dapat menggembirakan anak-anak yatim dan asnaf yang tinggal di sana.

Lawatan diadakan dari jam 9.00 pagi hingga 11 pagi. Setibanya di sana kami semua telah disambut mesra oleh Tuan Hj Zawal dan beberapa orang staf bertugas di sana. 

Anak- anak kelas pra tahfiz dapat melihat bilik asrama yang dihuni oleh anak-anak disana. Alhamdulillah rumah amal ini mempunyai fasiliti yang lengkap dan selesa.

beramah mesra dengan anak-anak di sana dan penyerahan hasil sumbangan ibu bapa di sampaikan kepada pengurus rumah amal tersebut.

***********************************************
Selain daripada itu pengagihan makan kering kepada penduduk setempat yang memerlukan diadakan.








Pihak tadika ingin membantu anak-anak yatim, ibu tunggal dan asnaf yang duduk sekitar jenjarom dan telok panglima garang. Gembira melihat wajah-wajah mereka gembira kerana mendapat sedikit sumbangna dari pihak warga LC TPG dan LC Jenjarom.

Selain dari itu, pihak tadika sangat berterima kasih kepada pihak Nazir Masjid Kg Jenjarom dan TPG batu 10 kerana banyak memberikan kerjasama bagi menjaya kan program ini. Jika ada rezeki insyaallah tahun depan akan diadakan lagi program Ramadhan in My Heart bagi mendidik anak-anak di tadika cintakan amalan bersedekah.


Gambar di bawah: Anak-anak kelas Pra Tahfiz dapat merasai duduk di Asrama Putera Rumah amal Raudhatul Jannah di Olak Lempit.

Comments