5 sebab kenapa nak jumpa Ramadhan

 5 sebab kenapa nak jumpa Ramadhan




Count down before Ramadhan...

Ramadhan tiba..Ramadhan tiba....

Masyaallah lagi 59 hari lagi ramadhan akan...sebelum tiba ramadhan...kita akan melalui bulan rejab dan syaaban.

Amalkan doa ni...semoga kita boleh  berjumpa bulan Ramadhan..

5 sebab kenapa nak jumpa Ramadhan

1. Berpuasa selama satu bulan sepanjang bulan Ramadhan

 Menahan Lapar dan dahaga dari terbit fajar hingga terbenam matahari

2. Solat terawikh di Masjid

    Sangat tenang bila dapat buat solat terawikh berjemaah di masjid. Bawa anak-anak untuk bersolat   sekali walaupun bila anak-anak main.... makcik dan pak cik akan pandang-pandamg mungkin menggangu. Tapi itulah didikan terawal anak-anak boleh terima seawal usia untuk mengenal erti solat dan berjemaah di masjid. Indahkan bulan Ramadhan

3. Bersedekah bulan ramadhan

 seronok bulan Ramadhan...amalan sedekah pada bulan Ramadhan sangat digalakkan dan insyaallah mendapat pahala berlipat ganda. Banyak masjid-masjid yang akan menyediakan juadah bubur lambuk dan akan disedekahkan kepada orang ramai. Niat bersedekah kenalah ikhlas kerana Allah Taala bukan nak menunjuk.

4.Bangun Sahur dan Berbuka

Masa Ramadhan boleh bangun makan sama-sama sebelum subuh. kalau hari biasa memang susah nak berkumpul bersama untuk bersahur. Tapi pada bulan ini banyak ibu-ibu akan bangun pagi dan memasak juadah bersahur kesukaan suami dan anak-anak.
 Masa Berbuka la paling seronok semua makanan rasa nak makan. tapi ingat jangan sampai membazir..rugi je dah menahan lapar satu hari tapi waktu berbuka kita dah buat perkara yang tidak disukai Allah. 

5.Mengaji Al-Quran

  Mengaji Al-Quran semasa sepanjang Ramadhan sangat menenangkan jiwa.


Jom rebut peluang perbanyakkan amalan...nak bawa banyak ke akhirat nanti. Betulkan niat semua hanya untu ALLAH SWT.

Sebelum jumpa Ramadhan kita fokus dlu beribadat sepanjang bulan rejab dan syaaban.

Thank you,
 Hazanah Mohamed
LC Jenjarom & LC TPG




Comments