6 KELEBIHAN KELAS MEMANAH : Tadika Neurokhalifah
Assalamualaikum parents little caliphs Jenjarom dan Telok Panglima Garang
Alhamdulillah kelas memanah telah pun diadakan di tadika mulai APRIL 2017.
Mungkin ada yang susah hati mengenai keselamatan anak-anak kerana melibatkan peralatan yang tajam.
Insyaalah pihak Akademi Memanah dan Tadika telah mengambil langkah keselamatan untuk memastikan sepanjang kelas berjalan sentiasa dibawah pengawasan orang dewasa.
Seronok sangat bila tengok anak-anak kecil ini berpeluang memasuki kelas memanah seawal usia 4 tahun.
Pada zaman usia kita kecil tidak berpeluang untuk memanah tapi takpe mungkin ibu bapa sendiri mempunyai bakat lain yang turut sama hebat iaitu melastik...objektif masih sama lastik mesti tepat pada sasaran. hehe...
Zaman sekarang nak ajar anak lastik takut terkena cermin kereta jiran pulak...jadi kelas yang paling sesuai adalah kelas memanah supaya anak-anak dapat skill memanah yang betul.
Kelas Memanah di tadika Neurokhalifah diadakan setiap hari isnin petang...Pihak tadika nak share kelebihan join kelas memanah
6 KELEBIHAN KELAS MEMANAH UNTUK ANAK SEAWAL 4 TAHUN
- MENCABAR KEKUATAN MENTAL
Memanah memerlukan otak berfikir untuk memastikan sasaran mengena dan dalam masa yang sama memerlukan pergerakan fizikal dengan mengenakna postur badan yang betul.
- KEKAL AKTIF
Memanah dapat menguatkan bahagian atas otot badan ketika memanah yang kurang digunakan ketika hanya berlari di taman permainan.
Ini dapat membantu untuk menguatkan otot tangan anak-anak secara tidak langsung.
Pastinya perasaan teruja untuk pergi ke sekolah ada bila dapat masuk kelas memanah secara tak langsung menjadikan anak-anak bersemangat untuk belajar di tadika kerana emosi anak-anak merasa gembira berpeluang aktif melibatkan diri dalam kelas memanah.
- MEMBINA KEYAKINAN DIRI
Setiap kali anak panah berjaya dilepaskan, daya percaya diri mereka akan bertambah.
Lama-kelamaan, mereka akan dapat mengatur taktik atau strategi sendiri bagi memastikan sasaran mengena.
Anak-anak akan merasa yakin dalam setiap panahan yang di buat dan telah mencuba melakukan terbaik supaya mengena pada sasaran.
Membina keyakinan diri hendaklah bermula seawal umur 4 tahun ini akan membentuk peribadi atau personaliti anak apabila dewasa kelak.
- FOKUS DAN BERDISPLIN
Anak-anak kecil akan mudah belajar
perkara yang baru, daya tumpuan anak akan bertambah dari masa ke semasa bergantung
kepada latihan dan asahan yang kerap.
Walaupun ibu bapa melihat sukan ini
nampak mudah, sebenarnya anak-anak sedang berlatih untuk meletakkan anak panah
di tengah-tengah sasaran dengan tepat.
Apabila anak-anak membuat kesilapan,
mereka diajar bahawa penyelesaian ini adalah untuk menganalisis langkah-langkah
mereka dan memberi tumpuan untuk mengatur strategi.
- KEPUASAN DIRI
Memanah pada peringkat kanak-kanak biasanya memberi tumpuan kepada meningkatkan prestasi diri.
Memanah boleh dijadikan sebagai salah satu sukan yang memberikan ketenangan dan kepuasan untuk mencapai objektif tepat pada sasaran.
- MELATIH SABAR & TANGGUNGJAWAB
Setiap kali mereka menunggu giliran untuk memanah, mereka dilatih untuk mengikut arahan, sabar.
Mereka juga belajar bagaimana mengendalikan peralatan memanah untuk memastikan keselamatan diri dan rakan-rakan di sekeliling.
Ini sekaligus membentuk jatidiri mereka dalam menempuh kehidupan yang semakin mencabar.
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,
ارْمُوا وَارْكَبُوا وَإِنْ تَرْمُوا خَيْرٌ مِنْ أَنْ تَرْكَبُوا
“Memanah dan berkudalah, dan kalian memanah lebih aku
sukai dari pada berkuda.” (HR. Ahmad, Tirmidzi, dan Ibnu Majah. Hadits
ini Dishahihkan oleh Syaikh Al-Albani)
Maka sukan memanah merupakan sunnah Rasullullah...pasti ada kebaikan dan manfaat kita sebagai ibu bapa untuk menghantar anak-anak belajar sukan memanah.
Bagi ibu bapa yang berminat untuk masukan anak-anak kelas memanah...Pendaftaran masih lagi dibuka sekarang.
Jangan lepaskan peluang... semoga 6 kelebihan kelas memanah dapat membantu ibu bapa mencari jawapan kenapa perlu hantar anak join kelas ni.
fikir yang baik-baik...insyaallah yang datang juga yang perkara yang baik.
Hazanah Mohamed
Tadika Neurokhalifah
@ Little Caliphs Jenjarom & Telok Panglima Garang
sumber tambahan :
gambar from google
Comments
Post a Comment