Happy Teacher's day 

Little Caliphs Jenjarom dan Little Caliphs Telok Panglima Garang




malam sebelum 16.5.17

pergi ke kedai hadiah di sebelah CIMB Bank telok panglima garang. Sangat ramai malam tu hingga beratur panjang. melihat gelagat mak ayah melayan kerenah anak-anak untuk mencari hadiah untuk cikgu kesayangan masing-masing.

Tersenyum melihat kesabaran mak ayah untuk menunggu anak-anak memilih hadiah sendiri walaupun jam sudah menunjukkan 9.30 malam. Kegigihan ibu bapa yang beratur panjang untuk membayar di kaunter bagi memberikan hadiah istemewa kepada insan yang mendidik anak-anak mereka. merasa kagum melihat pengorbanan ibu bapa semua.

Dalam hati mendokan semoga ibu bapa semua diberikan keberkatan dan dilimpahkan rezeki serta peroleh anak-anak soleh dan solehah.

Seronok dalam hati kerana masih ramai yang ibu bapa yang masih menghargai dan menghormati para pendidik. Semoga ilmu yang dicurahkan bukan hanya untuk di dunia tetapi amalan yang berterusan  hingga ke akhirat.



pada 16.5.17  berlangsung sambutan hari guru di LC jenjarom dan Lc TPG...

Alhamdulillah...sambutan diadakan meriah...ibu bapa sudi membawa juadah untuk dimakan bersama-sama anak-anak dan teacher.

Pelbagai makanan seperti buah, kek, nasi lemak, bihun goreng, mi goreng, roti, puding, coklat, air kotak, susu dan sebagainya. Anak-anak dan teacher sangat happy.

Anak-anak gembira memberi hadiah kepada teacher-teacher kelas dan semua teacher di tadika.

pelbagai aktiviti diadakan untuk teacher pertandinagn gubahan, soalan cepu emas, dan majlis tukar hadiah. Semoga hubungan antara teacher-teacher erat terjalin.



Ibu bapa doakan kami pendidik lc jenjarom dan lc TPG


******************************************************************************
Bukan hadiah yang kami pinta tapi hadiah terbesar adalah bila buku amalan kami berada di tangan kanan kami ya Rabb! 

Doakan lah kami mendapat syurga atas perjuangan dan pengorbanan ini. 

Jadikan diri kami ikhlas mendidik anak-anak ini menjadi ahli syurga berjaya menjadi pemimpin didunia dan penghuni syurgamu ya Allah.  

Berilah kami kekuatan Kurniaan dan Berkat Rahmatmu dalam mendidik mereka ya Allah.

Berikanlah kami kesabaran dan ketenangan menghadapi dugaanmu ya rabb. 

Berikanlah kami kesihatan dan umur yang panjang lagi berkat semoga kami dapat mencurahkan ilmu dan ilham dariMu Ya rabb. 

Ya Allah kau berkatilah guru2 dan murabbi kami yang telah mendidik kami menjadi guru yang berwawasan agama kerana Allah dan RasulNya.

Perkenankanlah doa kami ya Rabb! Aameen ya Rabbal alamin. 

Teacher Fiza LC GMI


*********************************************************************************************************************************

Gambar teacher dan anak-anak didik masing-masing...

kelas 3 yrs bersama Teacher liza

Kelas 5 yrs bersama teacher Lis dan shyra

kelas 4 rs bersama teacher su dan teacher sania.  Teacher fina cuti tak da dalam gambar

teacher aini bersama anak2 5 yrs group 2

Pra Tahfis bersama Teacher Nisa

Teacher Jannah dan anak 4 yrs lc tpg

Teacher bella with 6 yrs class lc tpg 

Teacher yati dan teacher zatul with 5 yrs class - lc tpg

kelas 6 yrs lc j with teacher hajar

with love
hazanah Mohamed
lc jenjarom, lc tpg , pusat tuisyen neuropintar

Comments