Happy Teacher's Days
Alhamdulillah...esok merupakan happy teacher's days sempena meraikan guru-guru di dunia ini.
Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari guru kepada cikgu-cikgu dan pensyarah yang pernah mengajar saya di Tabika Kemas, Kg. Parit Mislam, Sek. Keb. Pt. No. 5, SMK Dato' Sri Amar Di-Raja, MRSM Mersing, Kolej Matrikulasi Pahang, UPSI dan UTM.
Tanpa ilmu siapakah diriku kini....hanya Allah sahaja yang boleh membalas segala ilmu yang pernah dicurahkan. semoga cikgu-cikgu mendapat pahala dan keberkatan dalam mendidik anak bangsa.
Buat teacher-teacher LC Jenjarom, LC TPG dan Pusat Tuisyen Neuro Pintar selamat hari guru di ucapkan.
Semoga usaha kita mendidik anak-anak ini ikhlas kerana Allah SWT disamping untuk mencari rezeki yang halal.
Semoga teacher-teacher di berikan kekuatan dalam mendidik anak-anak syurga ini....semoga corak yang sedang kita lukiskan akan diwarnai akhlak terpuji, kebijaksanaan dan berkepimpinan seperti khalifah Allah dengan asas iman yang kukuh.
Buat teacher-teacher bacalah buku 'Pesan Hamka pada Pendidik'...semoga buku ini dapat memberi kita inspirasi dalam mendidik anak-anak syurga. Semoga tangungjawab berat yang sedang kita pikul terasa ringan bila dipikul bersama-sama.
Insyaallah...akan dikongsikan pengisian buku kepada ibu bapa juga...tugas mendidik bukan hanya sekadar di sekolah tetapi juga di rumah. Semoga ibu bapa juga boleh menjadi the best teacher buat anak-anak kita semua.
Hazanah Mohamed
15.5.17
Comments
Post a Comment