Ramadhan in my Heart Program








Tadika Neurokhalifah @ LC Jenjarom dan LC Telok Panglima Garang ingin melancarkan Program Ramadhan in My Heart bagi pada bulan Ramadhan yang bakal menjelma.

Pihak tadika ingin mengadakan lawatan ke Rumah Amal Raudhatul Jannah Olak Lempit bagi memberi sumbangan kepada anak-anak yatim berumur 5 -16 tahun yang berada di Rumah tersebut.

Program ini diadakan sebagai salah satu program yang dijalankan untuk anak-anak kelas Pra Tahfiz LC Jenjarom.

Projek ini dijalankan bagi mendedahkan kepada anak-anak mengenai ibadah sedekah sebagai muslim. Melalui program ini juga anak-anak akan lebih mengenali dan berjumpa anak-anak yatim dan golongan asnaf.

Semua ibu bapa dan orang ramai dijemput untuk memberikan sumbangan berupa makanan, pakaian dan duit. sumbangan orang ramai akan dikumpulkam dan diserahkan kepada anak-anak yatim kampung Jenjarom, TPG dan Rumah amal anak yatim.


Sumbangan ini akan diserahkan oleh anak-anak sendiri kepada wakil masjid jenjarom, tpg dan rumah amal nanti.

Seronok anak-anak dapat merasai sendiri amalan bersedekah kepada insan yang lebih memerlukan.

Semoga Allah memberkati rezeki ibu bapa dan sesiapa sahaja yang memberi sumbangan dan menjayakan program ini. Hanya Allah yang mampu membalasnya.

mari kita tanamkan amalan bersedekah di jiwa anak-anak syurga ini sejak kecil lg.






Mencari-cari tadika pilihan ibu bapa....Jom daftar di LC jenjarom dan LC TPG bagi sesi 2017 dan 2018. Pendaftaran 2018 telah dibuka. Boleh Reserve tempat sebab kelas terhad.
LC Jenjarom- 019 2770016
LC TPG- 019 2770016




Comments