5 tips Persediaan ke LC jenjarom dan LC Telok Panglima Garang

5 tips Persediaan  ke LC jenjarom dan LC telok panglima garang

Assalamualaikum....

Hanya tinggal 3 minggu sahaja lagi untuk memulakan sesi persekolahan 2018. Ibu bapa semakin berdebar....boleh ke anak nak sekolah, boleh ke abg bangun pagi, kalau menangis tak henti nanti macam mana.

Jangan risau teacher-teacher dengan hati terbuka menerima dan memahami anak-anak yang pasti akan menangis tapi akan buat sehabis baik untuk menarik perhatian anak kerana school adalah tempat best yang ada teacher-teacher awesome kat situ.

nak share  5 tips as preparation nak hantar anak ke lc jenjarom dan lc tpg

1. Bacakan buku Story book Going to Little Caliphs sebagai Pendedahan Awal

Bagi ibu bapa yang mendaftar anak 4 dan 5 tahun, insyaallah akan dapat buku tersebut semasa mengambil baju anak bulan 12 ni.
Inilah masanya, bonding time jadikan buku ni sebagai bed time story....bacakan kat anak sebelum tido jd anak akan ready dari segi emosi, mental dan boleh imagine apa yang anak akan dibuat seharian di school.

Gunakan buku ni untuk siapkan emosi anak sebab anak 4 tahun selalu 50-50 perasaan nak pergi school awal-awal ni. skjap rasa nak pergi sekolah kejap nak duduk dengan mummy. Comelkan perasaan anak-anak ni...




2. Jangan ambil lewat

Jangan ambil lambat semasa first day school. Anak sangat takut bile kawan-kawan dah balik tapi kenapa mama papa tak sampai lagi. ketakutan tu akan menjadikan takut nak pergi school untuk keesokan hari. Cuba tepati masa dengan anak-anak. kalau ada emergency mohon maklumkan kepada pihak tadika supaya teacher blh explain pada anak untuk pujuk.




3. Bawak anak explore tadika

Ambil masa untuk bawa anak explore sebelum sesi persekolahan bermula. lc jenjarom n lc tpg sangat mengalu-alukan ibu bapa hadir ke tadika.

Kami juga sangat menggalakkan ibu bapa menghantar school holiday program sebagai persediaan bermakna bagi anak-anak. bagi anak satu bulan untuk serasi with new environment and new teacher.  Give them enjoy during school holiday program with cooking, gardening, arts, and active learning. semua adalah pengalaman bermakna untuk mereka.





4. Reward

Untuk pujuk anak supaya bersemangat utk ke sekolah. Parent blh guna untuk menarik perhatian anak dengan memeberi reward. Bagi anak kumpul sticker atau kumpul star dan sebagainya. Sesuatu yang murah tapi berkesan.

5. Strong Daddy n Mummy

Part ni yang merupakan perkara penting merupakan key utama utk menjadikan mision kita berjaya.
Parents kena kuatkan hati dan tak mudah mengalah. Kena kuat bila nak kejut anak waktu pagi, kena kuat nak tengok anak menangis pagi-pagi sebelum berpisah, kena kuat bila anak buat muka sedih.
Percayalah selepas tak nampak kelibat ibu bapa anak sebenarnya sangat happy bila dengan teacher sepanjang berada di school
Bagi mereka masa untuk adapt new place, new environment and follow rules in school.




So parents semua jangan risau sangat dengan sesi persekolahan yang bakal menjelma. Jadikan sebagai detik-detik pengalaman berharga as parents.
Keep smile and be strong. Niat untuk mendidik anak-anak dan ingin melihat mereka happy in early childhood mereka.

Langkah dengan lafaz bismillah 2/1/2018 nanti....insyaallah dipermudahkan Allah.

wrote by
Siti Nor Hazanah Mohamed
Operator of LC J and LC TPG

Comments