Tips untuk bantu anak yang lambat bercakap, pelat, lambat menulis, tulisan buruk dan hyperaktif

Assalamualaikum beloved parents....

Kadang-kadang ada banyak perkara yang kita terlalu risaukan tentang anak-anak kita . Sebab ada masanya kita tak sedar yang perkembangan anak-anak kita bermasalah dan bila kita sedar ianya sudah menjadi semakin buruk dari jangkaan kita. 

Antara tanda-tanda awal yang kita boleh bantu anak-anak kita adalah apabila kita menyedari yang mereka lambat bercakap, pelat, lambat menulis, tulisan yang sangat "cakar ayam" dan hyperaktif. Jadi parents jangan risau, masih ada cara untuk kita bantu anak-anak seperti ini.

Ini 5 tips dan aktiviti yang parents bole buat bersama-sama anak.

1) Anak Lambat Menulis

Penyelesaian: Dapatkan tilam/sesuatu yang lembut dan suruh anak lompat bintang di atas tilam tersebut

Sebab: Bila tangan dihayunkan, ia menggerakkan otot-otot tangan.

                                    

2) Anak Pelat

Penyelesaian: Minta anak bergayut (contohnya di 'monkey bar'), sambil itu anak menyebut perkataan yang sukar disebut.

Sebab: Tekanan pada badan memaksa anak untuk mengeluarkan/menyebut perkataan yang diminta dengan betul.


3) Anak Lambat Bercakap

Penyelesaian: Minta anak melakukan aktiviti turun naik tangga. Lakukan aktiviti meniup belon. Bubbles. Minum menggunakan penyedut minuman ('straw').

Sebab: Longgarkan artikulasi anak





4) Anak yang Mempunyai Tulisan Buruk

Penyelesaian: Beri anak pensil yang berbentuk segitiga.

Sebab: Mudah digenggam/'grip' oleh anak.


5) Anak Hiperaktif

Penyelesaian: Cari berus yang lembut, gosok pada badan anak tersebut.

Sebab: Anak hiperaktif mempunyai deria sentuh yang kurang. Apabila disentuh dengan berus lembut, ia akan menenangkan anak tersebut.


Cubalah!

Kita usaha apa yang termampu. Inshaa Allah semoga mendatangkan hasil yang positif untuk anak-anak kita..

Comments